Sunday, October 4, 2009

Keperluan Modal. Perlukah duit???

Sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang yang ingin memulakan sesuatu perniagaan memikirkan tentang modal.Ramai yang mengeluh mengatakan tidak cukup wang untuk memulakan perniagaan.Tetapi tahukah anda semua bahawa skop atau definisi modal boleh ditakrifkan dengan lebih meluas jika difikirkan dengan teliti?

Pasti anda tahu bahawa pada zaman dahulu sistem barter digunakan.
(Klik link untuk mengetahui definisi sistem barter)
Wiki:Sistem Barter

Mari kita fikirkan sejenak.
Adakah pada masa dahulu wang digunakan?
Tidak.Tetapi masing-masing mendapat barang yang diinginkan dengan menukarkan barangan mereka.Walaupun sistem ini sudah tidak sesuai dipakai pada masa sekarang,tetapi kita masih boleh menjadikan konsep barter sebagai suatu konsep asas dalam mendefinisikan perkataan modal.

Jadi bagaimana tanpa wang kita ingin menjana modal?Atau bagaimana tanpa wang kita boleh mendapatkan wang?
Senang dan mudah.Anda berikan apa yang anda ada dan boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Di bawah adalah antara contoh daripada saya yang mungkin anda boleh renung-renungkan tentang cara-cara medapatkan wang (sesuai bagi pelajar atau mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan perniagaan):

1)Jual kembali buku-buku rujukan,majalah,komik-komik yang anda ada.Ini adalah lebih baik daripada dijual kepada pembeli surat khabar lama.
2)Ubah suai basikal lama dan jual.Lebih berbaloi dari ubah suai kereta yang memerlukan duit yang tinggi.
3)Ketahui kemahiran yang anda ada seperti membuat gelang yang cantik dan sesuai dijadikan cenderamata.
4)Jika anda pandai mengubahsuai gambar menjadi lebih menarik menggunakan photoshop atau ilustrator,tonjolkan skill anda dalam seni dengan mengambil upah mengubah suai gambar-gambar tersebut.

dan beberapa lagi yang anda boleh buat sendiri seperti menjual kerepek,biskut dan kek,perkhidmatan menaip,menjahit,designing dan bermacam lagi.

Oleh itu,maksimakan apa yang anda ada dan kurangkan penggunaan duit sebagai modal.

Wednesday, September 30, 2009

Tetapkan Keyakinan Anda

Anda pasti tahu apa yang diri anda mahukan kerana segala-galanya ditetapkan oleh pemikiran sendiri.Oleh itu,pilihlah perniagaan yang anda rasa paling sesuai dengan diri dan minat.

Untuk menambahkan keyakinan terhadap prestasi perniagaan,sentiasalah membuat kajian terhadap daya tarikan pelanggan,gaya pengiklanan dan juga faktor dalaman serta luaran.

Kaji tahap risiko beberapa jenis perniagaan sebelum membuat keputusan

Jangan terburu-buru dan pastikan anda yakin dengan pilihan anda.

P/S:Untuk berjaya,jangan melakukan sesuatu hanya sampai pertengahan.
Lakukan sehingga habis.

Monday, September 28, 2009

Tetapkan Objektif

Apakah objektif perniagaan?Keuntungan sendiri atau kepuasan pelanggan?

Bagi peniaga yang tidak mempunyai daya kreativiti dan bersifat pasif, objektif perniagaan bagi mereka ialah mendapatkan keuntungan tanpa menginginkan usaha gigih.
Tidak kira barang apa yang dijual atau perkhidmatan apa yang ditawarkan, mereka hanya memikirkan bagaimana hendak mengaut keuntungan.
Mereka sangat sensitif dengan perkataan rugi sedangkan untung atau rugi bergantung kepada rezeki, usaha gigih dan tidak dapat dinafikan rugi itu salah satu adat ketika berniaga.
Peniaga jenis ini lebih bersifat tunggu dan lihat dan bukan dalam kategori perintis.

Lain pula halnya bagi peniaga yang positif dan berkreativiti, objektif utama perniagaan ialah kepuasan pengguna/pelanggan.
Peniaga jenis ini tidak akan merungut tentang keuntungan yang bakal diterima jika sedikit dan berani menghadapi risiko kerugian.
Mereka sangat bersyukur jika pelanggan mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Keutuhan perniagaan mereka bergantung kepada pelanggan yang setia, jaringan pelanggan yang luas dan lebih peluang untuk bertahan lama.

Jadi, anda tentukanlah sendiri jenis diri anda dan tentukan objektif perniagaan anda.

Kenali Asas Perniagaan

Sebelum kita menceburi bidang perniagaan, eloklah sekiranya kita mengetahui asas-asas perniagaan terlebih dahulu.
Walaupun ramai yang sudah tahu tetapi saya pasti ramai yang lupa.Asas yang teguh akan menyelamatkan perniagaan.

Apakah itu perniagaan?

Secara mudahnya bolehlah difahami bahawa perniagaan ialah suatu urusan jual beli yang mesti melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.
Jika sesuatu urusan itu tidak melibatkan kedua-dua pihak terbabit maka urusan tersebut tidak boleh dipanggil perniagaan.

Contoh bukan perniagaan:
Seorang ahli mempromosikan link mereka untuk mendapatkan ahli baru supaya mendafar di bawahnya.
Wang dimasukkan ke dalam akaun bank promoter tetapi tiada sebarang produk khusus dan meyakinkan ditawarkan oleh pihak promoter tersebut(bagi saya e-book juga tidak terkecuali kerana tidak meyakinkan).
Cara ini cuba menipu pengguna lain dengan iklan-iklan gah daripada promoter.


Oleh itu jauhilah pelan 'perniagaan' seperti ini kerana pelan ini lebih bermotifkan keuntungan segera semata-mata tanpa ada perkhidmatan atau produk khusus untuk dijual.
Pelan seperti ini tiada asas yang kukuh. Semata-mata mengutip duit deposit. Jika anda sudah menyertainya, berhentilah daripada terus mempromosi.
 

© Asas Niaga by Nurul Afif : 1985